Hairband rose n marigol

Lepas buat hairband tuk awin, ader yangberkenan n mintak buatkan untuk dia jugak....




so siapkan jugak 2 hairband baru untuk mamber yang tempah.....satu buat bunga ros satu buat bunga marigold....mana lagi cantik? to me dua2 kiut.....hehheheh perasan....

Beriring Pearl

Baju kawan kak Ila nak dijahitkan kat leher ngan lengan...dia bagi contoh macam mana yang dia nak...so kiter realisasikan je.....nak simple je...so kiter ikut sebijik macam gambar yang dia bagi....
leher dia bentuk s dengan lengan yang besar...stail kan....

Qaseh Ayu

Latest baju yang mintak me jahitkan manik....sempena majlis pernikahan sepupunya.....
Nape kiter ambik nama Qaseh Ayu...tahla nama main bantai je...lagipun sempena nama Ayu kot yang nak tempah baju ni.......

Baju dia dah siap ader manik2 sikit cuma mintak ditambahkan pada leher.....owner nak warna pink...so kiter requast nak tambah2 sikit manik kat bawah baju ngan tangan. Kannya aper takkan la nak bior je janggal atas nampak pink bawah x der pink.....so nanti balance n sekata sikit.....

Mmg x banyak kerenah si Ayu ni bagi sepenuh kepercayaan kat kiter membuatnya.....
Ha nila hasilnya

Kat leher owner dah letak bunga tampal....so cantikkan lagi ngan manik2....bawah baju pun touch up ngan manik gak
Gambar baju penuh......

Ptg tadi Ayu dtg ambik....Alhamdulillah dia sangat2 berpuas ati ngan hasil kerastangan kiter ni.....siap bagi upah lebih lagi dr yang ditetapkan...Anywhere tq byk2 n mintak halal lebih kurang yer Ayu.....
Gambar mmg x reti nak ambik sangat...so layan je la yang mana ader

Destinasi Idaman....

2004 - Sabah....Hubby bawak pergi honeymoon sana....
                         Pergi Pasar Filipines, pergi Pulau Manukan snorking.....Mkn seafood....

2005 - x pergi mana2 coz tengah pragnent....

2006 - x pergi mana2 gak sebab awin kecik lagi masa ni....huhuhu burn je la tiket tu....

2007 - Sarawak....Jumpa kawan kat sana dia bawak pergi pasar sariken....n area2 sana
                             Makan telur macam telur pindang...huhuhu x sukala.....
                             Pergi pasar satuk.....Mee kolok....

2008 - Sabah......Ulang lagi pergi sabah coz adik ngan mak nak pergi....
                           Kali ni naik kat gunung Kinabalu....ngan destinasi ulangan yang dulu...


2009 - x pergi mana2 coz tgh peknen afiq....

2010 - Hong Kong......Nak bawak Awin jumpa Princess.....of course kat Disneyland.....
                                   Naik MTR ( ketapi laju ) Ladies market, Jordan Market....Nong Ping Cable Car....
                                   Aghhhh kena pergi lagi ni coz ader tempat x sempat pergi....

2011 - Mana ye nak pergi....ader cadangan ?

My Important tool....

Benda alah ni mmg penting sangat...pergi keja tiap2 ari dok usung ja....x leh tinggal....
Setakat ni dah guna 10 bulan prestasinya mmg ttp maintain sama....
Sebelum ni pernah guna brand lain macam pureen la aper la....tapi x bagus sangat....( mampus kalau Pureen baca ni ) hehehhehe. Pump ni hubby beli masa trainning kat canada ari tu tapi kat malaysia pun ader...cuma harga dia mahal sikit la.....
Me guna yang manual je sebab senang...kat mana2 pun boleh nak pump x payah cari plug kan....cuma kena rajin sikitla....ala okla kan boleh buat exercise tangan.....bunyi pun x bising....nak cuci pun senang...nak bawak pun ringan....kalau ader saper2 yang tengah cari2 breast pump yang ok dan murah bolehla try guna brand ni...tumb up!!!!!!

Princess Garden

Happy Birthday to awin and ME......
Kami berkongsi hari bersejarah ni bersama.....ingat lagi ibu 5 tahun lepas....6/2/2006 kul 11.30mlm  ibu dah disorong masuk labour room.....kul 4.30 pg ibu selamat melahirkan baby girl seberat 3.04kg....
Awin la tu...paginya kecoh kat Wad HUKM tu kita berdua berkongsi tarikh lahir......

Kek tempah kat kak Ila ikut citarasa awin......garden Princess.....cantik sangat...awin suka ibu pun puas ati...harga sgt sgt berpatutan.....siap boleh pilih lagi nak kek aper...flavour aper.....mana nak dpt mcm tu....
kalau nak try tempah lehla call no kat atas nnti kiter bagi no kak ila tu.....



To my hubby thank you very much for the present.....
ibu dapat pressure cooker awin dapat basikal.....

TQ.....

Hairband

Sambil2 tengok tv kaitkan pulak hairband untuk Awin.....ader lebih lagi kan yang benang ari tu....
Seronok dia dapat hairband.....


tengah menggayakan hairband baru....

new product

ini hasil kerja terbaru yang telah di lancarkan baru baru ini di kawasan subang hehehehe..... so sapa sapa berminat leh tanya pasal ni kat saya... apa pun tgk dulu satu produk ni...hehehe




The Most important person in my life

THIS IS THE MOST IMPORTANT PERSON IN MY LIFE.....


INCLUDING MY MUM......

rawatan kulit.... agak logik


 
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

 p/s : Sekadar berkongsi Wallahua’alam…

citer pasal kambing

... hari ni nak citer pasal email yang kita terima ni... citer pasal kambing....rupanya banyak benda pasal kambing yang kita tak tahu... selain dari dia takut air la kan..hehehe so baca la dengan penuh khusyuk hehehe...

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
 
Pengurai Kolestrol Tepu


Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1.        Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.        Kolestrol daging lembu dan ayam.
3.        Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4.        Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
 
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

 
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

 
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

 
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

 
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

 
Mencantikkan Kulit



Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

 
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

 
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

 
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

 
Sistem darah
(NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
 
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

 
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

kreatif









facebook...

dengar rumor facebook akan bakal di shutdown kan tak lama lagi... betul ker??? betul ker tidak baca statement dalam url ni... mamat ni tgh stress kot hehehe...

http://www.nydailynews.com/lifestyle/2011/01/09/2011-01-09_rumors_of_facebook_shutting_down_leaves_users_panicking_looking_for_other_social.html

awin Pg Sekolah

3/1/2011 awin pergi sekolah....
Kindergarden
Belajar rajin2 sayang....

Choclate Cheese cake

Ulangan buat yang ke 2....
Coz ader lagi bahan2 nak buat kat umah.....
sama je macam yang anniversary tu tapi buat layer cheese satu lagi....
ngancam x ? jalan2 kat umah org jumpa resepi copy paste je...
Kawan2 makan dorang kata macam mashmellow...yummy.....
Related Posts with Thumbnails